Tuesday 31 May 2011

Saya Bangga Saya Cute =)




Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop.

password:*******
...

~~~~~~~~

Welcome

Cursor di arah ke YouCam.

“nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”

Klik..klik..klik…

Save in…’aku cute’ folder.

Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect…

“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”

www.facebook.com

email password

aku_cute@yehaa.combact ******

upload photo

create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~

location : -

“da settle da upload..yes!”

Muhd Khairy likes your photo

Boboy commented on your photo

Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.

“Giler banyak..hehe baru je letak kot”

Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!

Khairi : cun abis~

Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~

Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…

1 message received

Opening……

Unknown :

“wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”

Logout



Mane 1 yg korang rasa dia akan buat kat laki 'uknown' yg inbox dia tuh ? sila tinggalkan pilihan anda di kotak comment kat bawah tuh yea =)

1. block laki tu dan teruskan perangai same
2. terasa insaf dan delete sume gambar yg menSTAB mata tu. pastu berkeinginan tuk pkai tudung. 
3. ignore laki tu. wat prangai same. malah lagi teruk lg, utk wat laki tu sakit hati.

wallahu'alam~

Gambar Hiasan Semata Mata

Monday 30 May 2011

Bila Manusia Dan Hantu Berbicara

Bila Manusia Dan Hantu Yang Jiwang Berbicara

Seorang psikik sedang berbicara dengan hantu

Psikik : nape ko mati wahai hantu ?

Hantu : aku dilanggar semasa aku cuba menyelamatkan seseorang...

Psikik : nape ko slamatkan dia ?

Hantu : sbb aku.. xnk dia yg aku cintai terluka...

Psikik : ko mesti seorang yg sangat menghargai cinta...sanggup menggadaikan nyawa ko demi dia yg ko cintai..mesti dia tgh sedih skarang stiap kali tringatkan ko..

Hantu : x..dia mesti tgh gembira sekarang

Psikik : nape plak ??

Hantu : sbb org yg aku slamatkan tu adalah lelaki yg dia cintai...

Psikik : aku bersimpati...



kesimpulan : jadilah seorang yg setia. cintailah seseorang dgn sepenuh hati. dan kalo da ready. kawen terus. =D

Kredit : chokky2.
Translation + add by myself (namasayaanip.blogspot.com)

Sunday 29 May 2011

Tentang lelaki yang perempuan kurang ambil tahu :)

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita?

6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap..?Emm. tengoklah dulu?..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap "direct to the point" dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak ?desperate?, datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini?

14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ?flirting? dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa?yang lain hanya kawan..

16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari?maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja?.Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti?

19.Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

"Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!"


Kredit : Eka

A Day Without Internet !!

Assalamualaikum

smlm. mase aku tgh best2 layan game online ..

tetibe je tenet aku DC. aku ingt DC kejap je. sampai aku tido still DC

pastu pagi td x smpt nk on PC. sbb bangun da lewat. kul  8 kne g amik baki 3 jam tuk dpt lesen L plak (budak noob baru blaja nk amik lesen. dulu maen redah je g memane tanpa lesen XD)

ok. pastu bila balik. still. internet xleh connect. aku ingat problem kat mane2. aku col kwn aku. kwn aku ckp tenet dia ok je. x macam aku. so aku try la nk call  100 (Streamyx)

Sorry. Please Settle Up Your Bill Bla3 *letak gagang tepon

zzz. aku ingtkan tenet yg prob. rupanya sbb da kne potong. bill baru sampai 2 hari da kene potong. ades. rugi2 x.x

 so skarang aku da suh mak aku bayarkan balik bill. terus terang aku ckp. kehidupan aku tanpa tenet rasa cam laen je

1. No Facebook
2. No Facebook  (Fan Page contoh "Sume ni Miss Komunikesyen"
3. No Online Game
4. No Antivirus Update
5. No.. Stalking Other People's Profile
6. No.. Komen With BFF (Best Friend Forever not Boy Friend F*** get it ?? )

sbb tu la. skarang aku usaha dtg online kat CC. smata2 nk penuhkan semua hajat2 aku diatas ni. cuma xleh maen game la kat sini sbb aku malas nk copy client game tuh. sabar la kitsu saga.  ill be back someday (esok kot ? depend on my mum la skarang. kalo dia sempat nk bayar. leh la on mlm ni. kalo x smpt. mmg naya la aku mlm ni idup tanpa tenet. sigh..

sakit kaki aku masih x hilang  *smlm tersepak something mase kat stadium. nk jalan pon rasa sakit2. tp xpe la. laki. kne control. kalo aku pompuan da lame da aku nanges2 duk umah... XDD

well. thats all for today. kalo ade tenet mlm ni aku update la blog aku neh. n to new follower. thanks sbb sudi follow blog aku yg merapu2 neh. when Nerd babbling about his daily life XD

 Assalamualaikum

Internet Servce Down ? omg !! *breakdown

Saturday 28 May 2011

Pengalaman Pertama di Stadium ~

Assalamualaikum

hari ni hidup aku xde la kosong sangat.

bangun pagi. g amik kelas 6 jam memandu.

dengan selamba aku mengaku aku xpandai bawak motor (tipu kat cikgu tuh) XDD. so kalo aku wat silap xde la malu sngt

and yea ~ aku ade wat silap. sbb aku x biasa motor Honda Wave. (motor aku Yamaha Sport "buruk") so susah la sket nk handle. meniti lepas ~ zig zag lepas ~ break kecemasan x lepas sbb aku slowkan sebelum garisan tuh. yg laen2 kira ok la. >.<

pastu. hari ni aku berpeluang ke Stadium buat kali pertama !! menyaksikan Kelantan MLN Pahang.

seyes aku ckp. dulu aku mmg booo la kat bola sepak. sbb cam org bodo. bola 1 tp sume duk berebut. tp skarang. aku rasa cam makin lame makin minat kat bola. especially TRW (The Red Warrior). suasana stadium x sama cam stadium laen. stadium sini selalu je penuh. boleh nmpk lautan merah. pergh !! mmg best la

tp persembahan TRW mlm ni agak hambar. Shahrul Idlan Talaha asik wat salah. shot x tepat. mlm neh aku rasa Piya la yg terbaek ~ sbb dia lincah kat depan gawang gol lawan

Karathu plak..zzz..buang Chanturu dari padang. mase tu chanturu maen mmg best la. xtau sbb ape dia tetibe je kluarkan chanturu. abis la fan TRW marah2. x puas ati tanda protes. tp nk wat camne. dia jurulatih. kalo dia masukkan yg best xpe la

ni aku tengok. pemain DEF no 17 ngan 24. maen cam haram. bola lepas gitu je. belum dpt bola da pandang belakang. pastu asik duk arah2 org. perbaiki diri ko dlu la baru nk sound org. WTF !!

so tu je yg aku tulis. blog aku ni makin lame makin jadi cam diary plak. everyday's life mesti aku tulis kat sini. huhuhu

k la ~ esok aku ada test lg. mohon off ~ nk tido. nite =)

Assalamualaikum

Carta Terbaru

Friday 27 May 2011

Friday Night

Assalamualaikum

aku rasa aku xde nk tulis pape kot ari neh ? sbb mende biasa je. maen komputer. psp. makan minum. tu je

cuma. mlm ni aku kuar ngan mak aku. kitorang jarang kuar. sbb mak aku prefer duk rumah. dia xsuka jalan2. so aku pon terpaksa la memerut kat dalam bilik gak kalo dia x kluar. kene jage mak maaaa. =D

ari neh kluar g Billion KB. ade jualan murah katanya. yg hampeh aku gak yg kene g beli sume barang. dia tunggu dlm kete. LOL =.=

pastu g bank. amik duit. system down. terima kasih. haha. baliklah aku ngan muka hampa. esok mane nk cari RM200 tuk bayar duit yuran bengkel belajar memandu =A=

nasib baik ade stesen minyak kat rumah kitorang yg support MEPS. so leh la amik duit tuh. x banyak. RM1k je. duit mak aku. bukan duit aku. kalo dpt kat aku xsmpai sejam abis aku guna tuk beli barang. hahaha XD

sempat la balik rumah. layan maharaja lawak. layan game kitsu saga jap. dan tido ~ nk tido la ni. salu post pukul 3-4. ari nih awal.. (1.27AM awal tengkorak hang) =P

thats all. oyasumi nasai minna =D

Oyasumi bermaksud Good night dalam bahasa jepun. Minna merujuk kepada semua /orang yg ramai. 

Maharaja Lawak Musim Kesembilan [Review]

Assalamualaikum

alhamdulillah. sempat gak aku sampai kat umah (walaupun lewat sket. miss part awal R2, tp xpe la. janji x miss part Jozan ngan Jambu)

so aku nk review la sket pasal dorang neh (jadi juri =D)

R2 : aku x sempat tengok full persembahan dia. tp berdasarkan komen juri dan reaksi penonton. aku rasa dia dorang dpt buat lawak yang kira best gak la.
 Rate : 7

Balas : balas ni mmg aku kurang minat. sbb lawak dorang mesti ade double meaning. well. kita kene open minded. so aku hiraukan mende tuh. aku layan je lawak dorang. tp lawak dorang x berapa nk menjadi mlm neh. mungkin sebab dorang x fit ngan Bell kot ? aku tengok timing x kene. itu salah. ini salah. ceh. aku pandai komen je. kalo suh g wat lawak kat pentas. sure kene BOOO punye. so jgn marah aku yea ? =D
Rate : 5

Nabil : aku menjangkakan yg best dari nabil. tp hampeh. mmg x best. dia cam buang mase je kat atas gelanggang tu dengan wacha wacha dia. sigh -.-" yg part kene tikam. part dpt 6. ngan part kene acid tu je yg aku gelak. overall. you dissapoint me nabil...
Rate : 6

Sepah : sepah., same cam nabil. aku jangkakan sepah dpt wat aku gelak pecah perut hari ni. tp x. aku x paham pon apa lawak yg diketengahkannya. sbb terlalu banyak dialog. lawak dan dialog bercampur aduk membuatkan aku x paham (korang paham ke ?). pape pon aku harap sepah dpt ke final Maharaja Lawak. =)
Rate : 7

Jozan : abang..abang..sebenarnya abang.. yg ni mmg aku xleh tahan gelak !! johan berjaya bawak watak Mamat Khalid. aku tengok mamat khalid pon tahan gelak XDD. ditambah plak ngan Mail Lambung. dan Kencana Dewi tuh. memang gandingan mantap la. superb like ! =D
Rate : 9

Jambu : jambu juga  xmenghampakan aku. ngan lawak bahasa pelik dorang. pastu invert sedih sebagai gembira dan penampilan yus cam org asli. mmg terbaek la jambu !! hahaha !! =D
Rate : 9

sape yg aku wish masuk final ? : Jambu Jozan Sepah. tu je =)

Video ?

R2



Balas



Sepah



Nabil



Jozan



Jambu



Penyingkiran

Thursday 26 May 2011

Pompuan Sukakan Lelaki Yang Pendiam

Assalamualaikum

tiap2 hari aku rasa cam duk kat penjara je.

x g memana. hanya terperap dalam rumah. sekali skale turun bawah (bilik tingkat atas) hanya tuk makan. kemudian naik atas balik

walaupun berbekalkan internet yg agak laju. komputer yg boleh not bad (4gb DDR2 Intel Core 2 Duo 2.8ghz is enough nowadays). boleh la nk maen game MMORPG, chatting sume2. tapi. aku masih boring. ye la. ari2 buat mende same. xkan korang  xboring kot ? >.<

so hari ni. keje aku ialah bangun tidur. makan. maen game. chatting facebook. stay kat page (Sume ni mis komunikesyen). maen psp (mase duk bawah jap td) dan. blogging (spend 10 minit menulis karut marut neh)

nothing special berlaku hari nih. td aku ada terbaca kat newspaper. kononnya pompuan sukakan lelaki yang pendiam

eerk..aku terasa. sebab. aku mmg pendiam. dari kecil sampai ke besar. x suka ckp. terutama ngan gurlz ~ (jangan label aku gay. nk je kasut aku naik muka ko kalo ko pikir aku camtu). aku normal. cuma aku malu sket ngan pompuan. (tangan dibahu mata keatas). :P

Sesuai tuk aku =D

yes. aku x macam org laen. kadang2 jeles gak. tengok member selambe je maen cuit2 ngan pompuan. (erks ? -_-") chatting2 ngan pompuan (tu biasa) kluar ngan kawan pompuan (skali skale je la. tu pon ramai2).

sering gak aku terpikir. normal ke aku neh ? tp yup. aku normal. tp bagus gak aku ada sifat camni. at least aku boleh kawal diri aku dari rapat ngan pompuan. so setan xleh la nk hasut aku wat mende jahat. =D

ari neh. ade cite best kluar. KONGSI arahan farid kamil. mula2 aku download format MKV. tp sbb HKV aku leh baca format RMVB je (sbb nk pasang kat TV) terpaksa la redownload balik yg format RMVB

Kongsi

mase nk tengok. bapak aku tido plak kat bawah. so xleh pasang kuat sangat (sound). so aku malas nk tengok. aku naik atas. sambung maen game (bapak aku cerewet sket. mase die tido xleh wat bising. >.<)

so xleh la nk review lg tentang cite kongsi

hari ni page aku ade admin baru. kwn aku gak. kenal kat page tu gak. dia suggest tuk aku supaya cari admin yg leh backup aku. so aku offer kat dia. alhamdulillah. dia menunjukkan komitmen yang baik kat page. harap2 page makin bertambah member =D

so sampai situ je aku tulis. aku salu update blog pukul 2 pagi keatas . sbb aku akan tulis semua yang berlaku pada diri aku. blog ni diary aku la. tp diary terbuka. aku share mende yg leh dishare kan. mende2 private mane leh. kang jadi gosip plak ~ tehee XD

stakat tu je la yg mampu aku tulis. kan best kalo dulu karangan wat ngan komputer. mesti kejap je aku hantar xD (Word per minit = 89. Accuracy =98%) rekod aku kat salah 1 apps di facebook. nk try ? click sini
http://apps.facebook.com/typing-challenge/?ref=ts

ok. ja ne !! Assalamualaikum. oyasumi =D

Wednesday 25 May 2011

Akiramenai !! (Never Giveup)

Assalamualaikum

hari ni aku agak happy la. mane taknye ~
UJIAN STATIK aku yg aku test buat kali ke-3. akhirnya lulus ~

dpt mende ni. leh la nk merempit ngan muto buruk aku tuh. :D


42/42 (markah lulus. soalan keseluruhan 50). nasib2 je tuh. tp alhamdulillah. aku xmo da kne bangun pagi2 pastu mengadap soalan kat dpan komputer. sigh -.-

and hari ni. sampai je rumah ~ si dia ~ sms aku. da lame da dia x sms aku. erk. si dia tu. someone special la. mane le bgtau. tp kitorang sekadar kawan je. =)

sampai je rumah. wat muke monyok tuk elakkan diri dari disuruh wat keje. bg alasan letih. nk tido. haha. padahal da tido td kat surau mase tunggu pelajar lain abis test XD. jaat tol aku xD

and so. idup aku berlalu camtu je la. td salah sorang daripada team uploader (xperlu la aku bgtau) add aku. katanya dia mintak aku promote blog dia. aku pon tunaikan la kewajipan kawan baru. kwn kene saling tolong menolong kan ? =) click sini untuk ke blog dia yang penuh dgn link2 cite best2. free je. Click Here Dear :)

and so. ari ni dipendekkan cite. bapak aku lapar. so aku g la belikan dia waffle. balik je dari kedai tuh. aku nmpk bapak aku depan kedai (rumah aku rumah kedai).

aku : nape bah ?
abah : ular masuk kedai td ?
aku :  *tekejut. hah ? ular ? besar ke ?
abah : tu. abah da sepak sampai tengah jalan tuh

aku tengok dari jauh. owh ~ da nampak mayat ular tu kat tengah jalan. pikir2 ksian gak. tp nk wat camne. dulu da pernah masuk. tp kitorang lepas cara baik. tp ari ni dia masuk. siap makan lg sekor burung abah aku dlm sangkar. mane x mengamuk abah aku. melepas gitu je RM 300 (harga burung tuh. burung candik)

Burung Candik

so. aku xnk cite lelame. kang kne badi plak. naya aku. >.<

dan. skarang aku xde wat pape kat umah. layan game Kitsu Saga je

time usha2 page The Red Warrior. dpt tau yg ari nih ade perlawanan diantara TRW ngan T-Team. tp Astro Arena xde live. dems. aku mmg malas nk berhimpit2 g stadium. so aku layan radio je. dengar ulasan pengulas sukan. last2 aku tertido. hampeh =.=

The Red Warriors

sedar2 je dari tido. aku bangun. check page. sigh ~ TRW kalah ditangan T Team. dan seterusnya jatuh ke tangga ke2 liga. xpe la. da bukan rezeki. kalah skali bukan bererti kalah selamanya. usaha je lg =)

ari ni aku spend masa kat page. buat soalan. alhamdulillah ade gak yg join. =)

and so. skarang ni aku sambung main Kitsu Saga plak. kalo korang nk maen gak. sila layari 

download dlu. grafik ok. kalo main ramai2 ngan member lg best. =)

thats all. tq sbb baca coretan yg agak boring neh =)

Oyasumi ~ (selamat malam) ^^




Tuesday 24 May 2011

Nothing To Write

Assalamualaikum

hari yg agak bosan bagi aku. smlm aku da deactivate FB aku. FB lama aku xboleh deactivate sbb aku da wat Apps tuk blog ni. so kalo aku buat camtu. plugin FB comment aku akan hilang. so terpaksa la biarkan camtu je

aku buat ni sume sbb aku xnk ade contact ngan dunia luar. enset aku matikan. aku nak hari ni. biar aku sorang je yg wujud. aku nk keseorangan. aku x suka bila aku sedih. member2 laen yg happy dtg happy2 pastu ignore kesedihan aku. aku x suka sume tuh.

n kalo ko nk tau nape aku masih sedih ? bace post sebelum neh. tp si dia da mintak maaf. aku cuma perlukan masa tuk memaafkan dia

pegi mati la ko. mende kecik pon nak taching. cam pompuan la ko !!
 ak ala. tu pon nk kecoh. aku ingtkan mati bini ke hape td. kecoh la ko ~

aku nye dunia. aku nye hidup. lantak aku la sayang ~ ko nk kecoh2 pehal ? da free sngt ngan idup sendiri sampai nk kaco seluar dalam org ? aku nye hidup. lantak aku la. aku melantak nasi pakai duit ko ke ? aku bayar minyak motor pakai duit ko ke ? xkan ? so get lost from my fucking place. thank you :)

so ari ni. aku berjaya abiskan drama korea You're Beautiful.
You're Beautiful

cite ni overall 4.7 per 5.0 la aku leh bg. aku cuma x suka jalan cite dia yg sometime buat aku mengantuk. kadang2 progress cite dia cepat. kdg2 slow. so da abis. nnti la aku sipnosiskan di lain post.

pastu. alang2 aku x wat ape ari ni. FB pon aku x bukak. bukak td je sbb kwn aku ckp dia ade post something kat inbox aku. pastu logout balik. aku malas nk mengadap FB ari2.

betol la bab kata orang. Facebook is legal drug. Facebook itu dadah yang dibenarkan. ye la. aku tengok semakin ramai org yg ketagih ngan facebook. sampaikan xde facebook. cam xde life. lembik je. dpt je facebook. terus segar. zzz =.=

aku x tau nk watpe. so aku on Kitsu Saga jap td. usha2. aku buat quest

Kitsu Saga

 mlm ni ramai plak member guild on. so aku semangat la sket nk main. so kalo ade sesape yg perlukan game tuk kill your bored. come join me. kalo ade soalan. tanye je kat chatbox. xpon post je kat page Sume ni miss komunikesyen je ~

kwn2 aku yg setia pon da tinggalkan aku sbb g matrik ngan UIA. sorang lg xleh on sbb pc prob. sigh. kalo la dorang kembali cam dlu. kan best. i miss old time with them T.T

mende yg lepas. lgpon dorang bukan g sesaje. dorang g sbb nk kejar cita2 dorang. so aku nk xnk terpaksa la lepaskan dorang. Allah bless you my friend. gambatte :D

esok kali ketiga aku amik Ujian Statik. aku berharap sngt yg aku x gagal lg kali nih. malu sey nk mengadap muka cik kat kaunter tuh. 3 kali suda termasuk yg ni. so harap2 la aku lulus. xmo da amik lg. bazir plak RM30 aku. >.<

so lepas lulus. aku nk keluar dari rumah neh. aku nk stay kat rumah mak sedara aku. kat sana internet xde. tp lucky sbb spupu aku ada. aku anak tunggal. hari2 duk rumah sorang je. so kalo g sane. at least aku ada kawan. lgpon dia pon Jrock Fans cam aku. so lg best la promote lagu2 baru. hik3


thats all. thanks for reading. aku harap xde la org baca. sbb blog aku ni cam diary aku je. aku post link kat memane bukan sbb aku nk org bace post aku. aku nk suh org follow je. nnti aku follow la dia balik. follow is caring. follow back is double caring isnt it ? XD

thats all. peace ya :D

Monday 23 May 2011

Birthday paling teruk.dan yang paling panas sepanjang hidup aku. =.=

Assalamualaikum

masa aku tulis thread ni. aku agak marah. so aku harap maafkan aku kalo ada ayat2 yang melampau dan keterlaluan disini
muka aku lg teruk dari mamat ni bila aku marah. zzz

hari ni birthday aku (23 mei). aku bukan nk harapkan korang wish happy birthday kat sini. wat semak chatbox je nnti

hari birthday aku. aku xpernah sambut pape. sama cam hari biasa je. cuma hari ni agak ramai la org wish kat facebok. trimas kepada sume kawan2 aku yg sudi spend 2 minit sbb nk wish aku.

so hari ni aku lalui cam biasa la. cuma hari ni demam sket. demam selsema

lepas telan je ubat. aku tidur. bila aku sedar. dlm kul 10 lebih.sah2 la juvana da abis. zzz. aku xleh nk review kat kawan aku d matrik tuh. kene tengok via youtube je la ni. -.-

dan. ari ni something bad happen. aku bg korang 1 situasi la. korang sedang menjaja sebuah barang kat seseorang. pastu datang sorang kat ko. pastu ckp. "barang ko ni xbest. barang ko ni boring. barang ko ni bazir masa etc"

xke panas korang bile kene camtu ? sebenarnya aku ada la promote game kat kawan aku. pastu ada la sorang lg kawan aku neh. ckp game yg aku maen tuh boring la. x best la. xnk main xyah main la. xyah nk pengaruhi org. WTF ? ko xnk main pastu nk drag org xnk main skali ? i dont give a fuck bout this.

aku mudah naik marah. and yea. skarang ko da berjaya buat aku marah. wtf =.=

game paling boring. sial. xbest. noob. bosan. bazir masa dan sebagainya penah wujud di muka bumi. WTF 


so. aku da x tau tulis ape lg. kalo aku tulis panjang2. sah2 la bnyk lg ayat mencarut aku kluar . =.=

stop kat situ je. malas aku nk menulis panjang2 hari ni. =.=

Sunday 22 May 2011

Perginya seorang BFF aku ~

Assalamualaikum

23 May. tarikh keramat buat aku. tp x sangka plak ngan salah sorang BFF aku bakal meninggalkan aku...T.T

jgn tragis sngt. dia blah g matrik je. x mati lg. LOL =.=

haha. sorry. aku da terbiasa ngan babak2 sedey neh. tengok cite korea la katakan (post lepas bru je kutk korea) 
haha. tu laen. aku kutuk kpop. x kutuk cite korean. laen2. :P

so to my dearest friends. i hope you will be happy with ur new life at Matrik Pahang. wish u luck my friend ^^

ok. hari ni nothing happening sngt. cuma yg aku tahu kawan aku excident. betol la org ckp. mulut ke mulut mmg xleh caya

aku dengar. darah penuh atas jalan. ambulan datang. motor hancur. aku xleh bayangkan camne keadaan kwn aku skarang

td call. ok je. kaki je cedera sket. ceit !. start dari ari ni aku xpercaya rumours dah. fullstop ! -.-

esok kalo sempat wa lawat dia. hari ni xleh. hari ni siang hari aku korbankan tuk jaga kedai pet aku. so aku sempat la snap sikit2 gambar. nk tengok ? jap ea ^^

burung lovebird neh sakit sejak gado ngan lovebird sebelah. sian plak aku tengok. sampai sekarang kepala dia gitu. hope ko cepat sembuh la ye.. T.T

lagi...
dan lagi. sedeh plak aku tengok burung yg x bermaya neh..dia sihat je..tp kpale dia jadi camtu.. geram je aku nk lastik burung loverbid sekor lg tuh. grr =.=

ni mangsa buli kalo aku boring. aku penyek2 kalo aku  boring. haha XD

wah. berasmara depan aku plak. 18SX tol la korang. XD

nak susu ~ susu xde. kaki ade. nak ? XD

sedang bermain dgn kwn2

ni arnab taiko. black nama dia. tengok muka pon korang tau da. garang. haha. 

ni cuuu nama dia. dia baik sket (kot ?)

makanan ade. sila amik sendiri. keluar dari sarang dan beratur tuk mengambil makanan anda. hahaha. best buli !

nak ! nak ! lapar ! lapar !
muka lapar. haha XD


thats all yg aku buat sepanjang hari. jaga kedai. bermain ngan pet dan. PSP ? =D. and today is my birthday. letih rasanya nk jawab post sume kwn2 baik kat FB. tp trimas kepada yg sudi post. at least korang ingt kat haku. n sudi nk spend mase 2 minit tuk tulis status tuh. aku hargai sangat2 ^^

semoga berjumpa lg. papai ^^

assalamualaikum

K-Pop VS J-Pop ?? (Part 2)



Assalamualaikum

bersambung dari part 1. part 1 aku da terangkan

1. what is Kpop Jpop
2. why i dont like Kpop
3. some of Kpop group (picture)

so skarang ku nk sambung tentang Jpop

Jpop adlah singkatan kepada Japanese Pop. tp Jpop hanya merujuk kepada band2, solo singer yg biasa. kalo yg gothic style yg pkai mekap2 gothic. pakai costume yg stylo. tu visual kei. so skarang aku nk bg perbezaan antara Jpop ngan Jrock (mostly visual kei)

Antara Jpop2 yg aku minat ~ (MALE)

Back-On
FLOW
UVERworld

DOES


okeh. tu Jpop band (Male). biasa2 je. xde la ensem2 cam korean. tp dorang way better than korean dalam lagu. HAHA !! xD

ni plak Jpop (Female)

SCANDAL
Shoko Nakagawa

Aya Hirano
DAN BAKAL ISTERI AKU !
Yoshioka YUI



dah. ckup. ade yui sorang je da ckup bg aku. heee ~ 
ok. tu contoh Jpop Male ngan female. ni aku post plak tentang Jrock

dorang rockers. dan style dorang berlainan. so yg aku post ni akan ada hubungkait ngan Visual Kei. 

ape itu visual kei ?Click Here to Wiki Visual Kei

ok. lepas ko baca tu ko akan tahu ape itu visual kei. dorang cam dalam dunia yg lain dari jpop. dorang ade part ngan Jrock sket2. tp mostly Jrock tu adalah visual kei. 

contoh2 artis Jrock yg visual kei
The Gazette
Versailles

LM.C

An Cafe



so aku harap korang leh difference between Jpop ngan Jrock. tp 1 je yg aku pasti. both Jpop ngan Jrock adalah terbaeeeek !! ^^

thats all. kalo nk aku cite 1 by 1. pls do leave ur message kat chatbox. tq ^^

K-Pop VS J-Pop ?? (Part 1)


tidak dinafikan deman Kpop semakin melarat di Malaysia. hari2 mesti ade je show kat mane2 tentang Kpop. budak2 muda sudah mula mengenakan pakaian ala2 Kpop. yg girl pkai thigh pants. yg laki pakai kameja fit. konon stylo la.stylo mmg la stylo. tp pikir la gak hape org kate kat diri tuh. 1st expression org based on pakaian. 2nd baru hati. so yea ~ pakaian mencerminkan gaya hidup / budaya . no offense

aku bukan nk ceramah pasal pakaian kpop sebenarnya neh. wat im talking bout is...

which 1 is better ? Kpop or Jpop ?
konpem jap lg aku kne serang ngan kpop fans. haha xD

Kpop adalah singkatan kepada Korean Pop. manakala Jpop pula merujuk kepada Japanese Pop. tp kat jepun. there is 2 type of music. Jpop dan Jrock. dan ade bnyk cabang plak. contoh Jrock ade cabang heavy metal. visual kei dan sebagainya

so hari ni aku nk cite pasal 2-2. Kpop dan Jpop

firstly. Kpop. kebanyakkan artis2 Kpop adalah boys /girls group yg mana...kalo wat show. mesti ada tarian. kalo ade show. mesti ada tarian. xde tarian xleh. mesti ade. walaupun sesetengah Kpop adalah band (contoh FT island ngan CN Blue). so hari ni aku nk preview antara Kpop artis yg aku kenal


2PM
Super Junior

B2ast


Shinee

yang ni plak Kpop girls ~ ramai yg suka tngok dorang nari. aku termasuk skali. gatal ! haha xD
2NE1
Wonder Girls

SNSD

4 Minutes
x dinafikan dorang memang cute gile. geram je rasa nk amik sorang wat bini. haha XD. tp aku x minat korea. sbb ape ? bukan sbb aku anti tngok pompuan comel gitu. HAKU SUKEEEE ~ tp aku xsuka sngt tengok org joget2 neh

korang bayangkan camni la. aku kat dalam bas. tengah layan lagu kat PSP aku. tetiba ade sorang usha aku tengok ape kat PSP tuh. kalo la mase tu terpasang lagu korean. nmpk pompuan seksi joget2. dlm kepala otak dia mesti

"gatal sial budak neh. tengok pompuan seksi nari2. stim la tuh. cam sial" 
"ish. gatalnye budak neh. ade ke patut tengok mende2 gitu. ish3"

Gambar Hiasan


ok. tu kalo aku tengok yg pompuan. kalo aku tengok laki menari. (FYI. kpop dance tok laki kadang2 ada part yg bukak2 baju. so kalo la mase dia usha aku tuh. aku sedang layan kpop part laki bukak baju. mesti dia

"gay rupanya mamat neh. ish =.="
"waa. jantan bukak baju. mamat neh mesti gay neh"

Gambar Hiasan


see ? thats what i think. so yea. ill try to avoid Kpop song as much as i can. tp ade la gak yg termaktub dalam pale otak. cam lagu SNSD hoot 4minute hot issue blah3. tuh. aku DL. simpan dlm pc je. dengar time bosan. xleh letak dlm psp la. nnti dicop kat atas tuh

so itu la serba sedikit aku dan dunia Kpop. so kpop fans. dont hate me. trust me. u got nothing for hating me. u only add + 1 of ur enemy now. ^^

Saturday 21 May 2011

What a Bad Luck ~

Assalamualaikum

semalam aku x smpt nk update blog sbb smlm mmg depressed abis
so aku cite la ape yg terjadi smlm

pagi tu. mmg kne bangun awal. sbb kne amik ujian statik
anda x tau ujian statik ? ujian statik adalah bla bla bla
ujian statik tu ujian berkomputer mase nk amik lesen la ~

aku da fail kali pertama. 1st time try dpt 40. markah lulus 42. depressed
smlm try lg skali. pegi awal2 lg. tempat tu x bukak, tp aku da tercegat kat situ
da la aku baru tau hal tu pukul 2 pagi. exam pukul 8 pagi. aku yg xready ni pon
terpaksa la mentelaah buku2 tuh dgn hati yg berat

dtg pagi2. ingt leh la main psp. bukak punya bukak. rupanya2 psp aku xde bateri suda ~ dems !!

2nd try. omg ~ dpt 41. markah lulus 42. melayang RM60 tu. agak2 RM60 tu boleh dah aku nk pekena chicken chop ke. blanje aweks ke (walaupun aku xde. =P) hape ke. RM60. jumlah yg agak besar tuk dibazirkan

dan terpaksa la kali ke-3 pada hari rabu ni.wish me luck guys ~ T.T

Sad ~

and so. aku balik umah dgn wajah yg agak hampa

aku kalo kat umah. kalo tgh sedih. mmg aku xkan layan mende laen selain ni

Versailles : Philia

Versailles : Destiny ~ The Lover


ni antara contoh Visual Kei yg berasal dari jepun. aku suke gile tengok dorang solo guitar. urgh ~ 

eh ~ lari tajuk suda ~ . so yea...kalo aku sedih. aku akan headbanging like an idiot dlm bilik sesorang. diri aku. xde org nk tengok pon. adik2 xde. abg kakak pon xde. so aku bebas buat ape saje. huahuahua *gelak baik XD

smlm layan AF 9(kantoi)
Akademi Fantasia 9
aku layan AF sbb ade mamat name Hazama je. dulu aku bet kat Afif. tp Afif da kuar. so aku bet kat hazama plak. tidak dinafikan Lena ngan Fina ade sore yg mantap. tp sorry la. aku x minat artis pompuan bertambah. so sorry to fans dorang :P

and. smlm berlaku kejadian blackout kat umah kul 3 pagi. so aku terpaksa update pagi neh (kul 11.23AM). hades. pape pon. harap baca la sedikit karangan budak skolah aku. sekian. trimas

sankyu :)

Assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...