Thursday 4 August 2011

Trailer KL Gangster 2 ??!!



HAHAHAHAAHAHA !!! AARON AZIZ VERSI CHUBBY. CUTE SEYH !

Wednesday 27 July 2011

Kekasih Baru Khairul Fahmi !!??


Dahlia Teck Ada Hubungan Dengan Khairul Fahmi
Inilah Gambar wanita yang mengganggu hubungan Khairul Fahmi dengan tunangnya sampai hubungan pertunangan berantakan. Harap-harap Khairul Fahmi Che Mat dapat menyelesaikan masalah ini dengan bijak dan tidak mengambil keputusan yang terburu-buru. Ramai peminat bolasepak tanahair minat pada Khairul Fahmi ini:






Rasanya tunang nya lagi cantik kan, Kongsikan di FACEBOOK anda

Sumber : OhvideoTV

Monday 25 July 2011

Duit Syiling Baru Bermula Tahun Depan ???

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.

NONEGabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.

"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

NONELogam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini.

"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini," kata Zeti.

Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baharu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada bulan September.



SUMBER : MalaysiaKini

Friday 22 July 2011

HATI HATI DENGAN FACEBOOK NEW FRIEND REQUEST


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia , Salam Satu Blogger.
.ok , short entry untuk pemberitahuan kepada korang.
.kalau korang perasan , ada tak sesiapa yang ADD KORANG dalam facebook tapi dengan menggunakan Account Baharu atau kata lainFake Account.
.mungkin ada yang tak ketahui lagi sebab mas pon baru tahu dari ura-ura dan khabar angin ~
.korang mesti ingat yang Add itu adalah dalam kalangan rakan korang yang berpura-pura add korang then ingin kacau korang tapi sebenarnya Fake Account yang menjadi-jadi ini adalah dalam kalangan Hacker.
.susah juga nak percaya tapi itulah hakikatnya , betapa mudahnya untuk hack facebook seseorang tanpa menggunakan phishing dan juga keylogger.
.apa ciri-ciri Fake Account ?
  • Mutual Friend tak ramai ( 1 atau 2 orang sahaja )
  • Account masih baharu ( korang boleh nampak Suggest A Friend kalau korang Approve )
  • Menggunakan GAMBAR yang PALSU
.sebab ura-ura dari CERITA MAMAT tentang kehadiran HACKER INDONESIA mungkin ada berkait-rapat , so rasanya , nie salah satu cara untuk hack selain menghantar LINK dan APPLICATION kepada pengguna facebook.
.bagaimana dia berfungsi ?
.mas pon tak beberapa paham bagaimana dengan adanya FAKE ACCOUNT , boleh HACK FACEBOOK , kalau korang pakar , boleh tak terangkan dekat mas secara public ataupun secara personal tanpa menggunakan phishing.
.so , buat masa sekarang , ada beberapa NOTIS AMARAN yang akan dikeluarkan terlebih dahulu :
NOTIS AMARAN KERAS !
  • Jangan APPROVE FRIEND yang anda tak kenal
  • Elakkan daripada BERHUBUNG dengan orang yang anda tak kenal
  • Sebelum APPROVE , pastikan mutual friend account tersebut lebih daripada 5-6 orang sebagai berjaga-jaga
  • Pastikan account tersebut sudah lama dan tidak fresh ( rujuk ciri Fake Account )
  • Jangan CLICK LINK yang datang dari spam IM
  • Jangan menggunakan APPLICATION yang tidak tahu asal usulnya
  • Pastikan PASSWORD melebihi daripada 14 aksara yang digabungkan kesemua unsur ( huruf besar + huruf kecil + nombor + special character ) contoh : p4ssw0Rd123#
.tolong securekan security facebook anda sebelum terlambat ~
.dan pastikan kawan-kawan korang pon tahu benda nie , copy and paste boleh tapi pastikan bagi credit or paling tidak pon , just share je entry nie ~
.please , ambil perhatian , thank you

Virus "Hi, How Are You" Di Chatbox Facebook ! ! ! !

Assalamualaikum


rasanya semua facebookers dah sedia maklum dengan virus ni. virus ni menyerang melalui chatbox, terdapat juga kes dimana user diserang melalui inbox


so. kalau korang dapat virus ni daripada kawan anda. jangan salahkan dia. kerana dia juga merupakan mangsa virus ni. 




CARA VIRUS INI BEROPERASI


mula2. anda akan disapa di chatbox @ inbox dgn ayat yang berbunyi
"hi. how are you ?"
so. kalau korang terima ayat ni. x kisah la dari pakwe ke. ex pakwe ke. awek ke. awek cun ke. makcik kantin yg korang add ke. jangan reply. sbb bila korang reply. ia akan reply balik
Wanna laugh :D?"
lepas korang reply balik ayat tuh. dia akan anta plak chat ni

"It is you on the video ?)) want to see it ?)

http://212.80.52.32/100000923572310" 
jangan click link tu. kerana link tu adalah source kepada virus. sebaik sahaja korang click link tu. dia akan direct ke sebuah page yang seakan youtube.

virus tu tersebar bukan dari link yang anda click. tp executed files dari flash player yang korang click kat link tuh.

untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara mengatasi virus ini (untuk sape2 yg da terclick). lawati blog Mas Ahmad Safwan Dot Com


http://masahmadsafwan.com/2011/07/buang-virus-koobface-hi-how-are-you/









Wednesday 20 July 2011

Hati-Hati Dengan Komputer Di Tempat Awam!!!!



BERHATI-HATI DENGAN KOMPUTER DI TEMPAT AWAM !! TERUTAMA CYBERCAFE !!


artikel kali ni, aku nak sentuh tentang penggunaan keystroke logger nih. xtau ape ? tengok gambar diatas. 


1. gambar cable ps/2 keyboard straight sambung kat computer
2. gambar cable ps/2 keyboard + device sambung kat computer


dan device tu adalah keystroke. 


ape fungsinya ?
-fungsi dia. dia mampu merakam / mencatat / setiap apa yang kita taip di keyboard itu. contoh. korang login facebook
email : hehe@yahoo.com
pass : hehe1234
dengan mudah. keystroke tu merekod apa yang korang taip di keyboard yg dilengkapi ngan device tu. 


macam mana nak elakkan mende camni ?
-sebelum guna pc kat CC atau kat mane2 komputer awam, check dulu di bahagian belakang pc tuh. mane tau ada keystroke device ni terpasang kat komputer tuh


kalo korang ckp "ala, aku taip chatting je kat keyboard tuh. bukan bende penting pon"
-korang salah sama skali. setiap apa yang korang taip. x kira la chatting ke. login fb ke. login email ke. sume dia dpt rekod.  lagi teruk kalo korang ada login kat paypal atau online banking website. sah2 dia dpt access akaun bank korang


so apa yg patut korang buat kalo korang jumpa alat ni kat komputer di CC atau tempat awam yang lain ?
-jumpa owner dia. kasi penampar sedas. pastu report polis. kasi jail sama itu busuk hati punya orang. tara sivik punya owner.


Tempat yang pernah berlaku kes kes sedemikian
-cybercafe (most of cases)
-hotel
-pameran
-kelas komputer berbayar.


ni aku tunjuk contoh2 keystroke logger yang ada di pasaran


Keystroke logger jenis USB

Keystroke Logger jenis ps/2

Keyshark. salah 1 brand keystroke yang ada di pasaran

Keystroke logger ps/2


SEBARKAN KEPADA RAKAN RAKAN ANDA SEBELUM TERLAMBAT !


harap informasi ni berguna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...