Friday, 10 June 2011

Maharaja Lawak Minggu 11 (Complete 1st Task)

Jambu 1st



R2 1st



Sepah 1st



Nabil 1st



Jozan 1st




Jambu 2nd



R2 2nd



Sepah 2nd



Nabil 2nd



Jozan 2nd



PENYINGKIRAN

Tuesday, 7 June 2011

LoveBite Boleh Membunuh !!

LOVEBITE BOLEH MEMBUNUH




kesan lovebite

LOVEBITE (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (lovebite yang terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa. Tapi kalau dah lebam tu kat tengkuk tu faham faham je lah.

Secara umumnya, hickeys/lovebite boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara ni berkesan hanya untuk lovebite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari 10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar baju tshirt.

Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.


p/s : gigit keropok lg best ~ kenyang plak tuh ~ :P

Sumber : Ceciter Ilmu

Monday, 6 June 2011

Maharaja Lawak & Akademi Fantasia 9 ? huh ?



Assalamualaikum. ok. entry hari ni bukan aku nk ckp kosong. tp nk ckp pasal mentaliti kaum aku terutama kaum melayu.

seperti yang korang tau. 2 Show ni adalah dikendalikan oleh Astro. cuma di channel lain2. Akademi Fantasia 9 di Astro Ria manakala Maharaja Lawak di Astro Citra. tp same je. 2-2 astro
.Akademi Fantasia adalah rancangan hiburan berbentuk nyanyian. manakala Maharaja Lawak plak adalah rancangan hiburan berbentuk lawak. ok. aku bukan nk ckp pasal rating ke ape. sbb aku x tau pon pasal rating ke views ke ape. ko nk tau ko g tanye tokey astro sendirik

yang aku nk sentuh hari ni ialah mentaliti kita sebagai orang melayu. kepada org bukan melayu yang terbaca ni. anda mungkin tergolong gak dalam golongan ni so silakan baca selanjutnya.

aku ambil contoh Maharaja Lawak la. bg aku memang best la show ni. tp yg x bestnya. sikap fans dorang. td aku ade lepak kat page Maharaja Lawak sat. aku tengok fans jambu fire fans sepah. fans sepah fire fans jozan. fans jozan fire sepah ngan jambu. dan sebagainya

maksud 'fire' tuh, menghamburkan kata-kata kesat yang x sepatutnya. ku x paham nape dorang bergadoh pasal mende2 gitu. agak2 kat rumah selalu kne buli dek jiran sebelah kot ? masuk bilik duk depan komputer. dia lepas geram kat page Maharaja Lawak plak. 'cerdik' betol la.

come on la. korang duk kutuk sama sendiri ape korang dpt ? heran ngan haters. korang dpt gaji ke jd hater ? kalo nk kritik kritik leklok. ni x. maen kutuk je. agaknya pahala da bnyk la tu nk refill ngan dosa plak. 

nnti pas aku post ni mesti korang ckp 
"ala. bai. xyah blagak alim la".
ko ni munafik la. 
ala. ko ni 2x5 je. bla3". 

aku x kesah. at least aku ade nasihatkan korang. so aku x termasuk di kalangan yg x mencegah kaum nya melakukan dosa. nk minat tu minat je la. xyah duk kutuk2 fan lain. sume tu islam beb. bukan kristian ke ape. ko kutuk kaum seagama sama la cam ko kutuk agama ko sendiri. 

same je ngan Akademi Fantasia. ramai tol yg suka kutuk ciptaan indah Allah s.w.t ni. ckp erul hantu gigi la. lena mulut itik la. hello ? korang da perfect sngt ke ? bulu hidung bersepah ade hati nk kutuk org. trick nk dpt perhatian la tuh. konon2 trase terer dpt wat ayat gitu kutuk2 org.

yg lg xleh blah bila ade page yg menghina ciptaan Allah. dan menghina kaum seagama. 








tu yg aku sempat jumpa. aku bercakap berdasarkan bukti. bukan aku main hentam je ~. sbb tu aku provide screenshot nih. nnti korang ckp aku syok sendiri plak
agak2 admin page2 hater gitu da bnyk pahala kot ? agak2 brape ton dosa dorang dpt setiap kali org mencarut2 kat page dia ? dia yg create page tu. sama cam dia sediakan tempat tuk orang kutuk mengutuk. ala. korang bayang camni la. dia bukak 1 rumah. rumah tu tmpt org buat maksiat. so dia dpt gak dosa kan even dia x wat maksiat tuh ? 
 and 1 lg yg aku paling xleh blah. tiap mlm selepas maharaja Lawak. mesti akan tumbuh 100-200 page yg gunakan dialog maharaja lawak. lg xleh blah bila 10-20 page tuh admin yg sama. so bila update status 20-20 page dia update skaligus. seterusnya menspammkan wall feed aku. sbb tu aku da x like sume. yang hantu kak limah aku x kesah sbb sume da dpt 10-20k like. so x sanggap sngt nk dpt fans ni. yg sanggap nk dpt fans admin2 baru yg nk dpt kepuasan ade page tersendiri. sampaikan ayat yang x lawak pon dibuatnya. sigh ~. sanggap tulisan biru tol
lepas aku tulis ni nnti ade la yg ckp. ala der. lu buat page "sume ni miss komunikesyen" tu ape ?. same je der. jgn dok kata org. cermin diri dulu
dgn muka slambe aku jawab. aku wat page ni da lame. bukan baru. sampai 43k like. kalo aku delete page ni nnti ade la budak sanggap popular akan wat yg baru. pastu ko like. same je. baik aku maintain je page ni. lgpon kadang2 aku share berita. news semasa. bukan nye ari2 tulis "ari ni admin mkn nasi. best" "admin nk tido. nite" "admin jatuh cinta la" dan sebagainya. tu admin yg nk dptkan perhatian. pastu kecoh dok post profile FB dorang nk suh org add. nmpk beno nk popular. aku wat page aku bkan sbb nk popular. tp sbb nk bezakan admin kat page aku je. ala. admin lain buat gak. ko x kutuk. aku wat. ko kutuk ? nmpak beno jelesnye. ce jeles ce jeles. ceh. 
tu je la yg aku sempat tulis. out. blogging blogging gak. solat jgn lupa weh. Assalamualaikum

Sunday, 5 June 2011

Tips Membuka Website Yang Diblock / Filter

nak bukak sesebuah website tuh. tp telah diblock. nk tau camne nk bypass filter tuh ? ni cara dia ~

ada 2 cara. ni cara yg 1st. :)

Main
Click Start. pastu click Run

taip cmd (Command Prompt)
taip ping diikuti url/link website tuh. pastu click enter (result tu ip google)


nampak Reply from  tuh ? g kat new tab. taip no ip tu kat browser anda. da tada ~ anda da leh bukak website yg difilter / block tuh ~

Alternative

kalo korang malas wat camtu. jgn risau. ade je website yg memudahkan anda

ipaddress.net boleh membantu anda. :)

Friday, 3 June 2011

Thursday, 2 June 2011

Wednesday, 1 June 2011



Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas kota tinggi….

masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang

dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak

sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 1.80 sen kat pam minyak jadi 1.00 or suka ati

korang la nak letak berapa sen…

mula2 mmg aku tak percaya… tapi……



1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun… dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu… tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la…

2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu… kira mcm nak isi manual nyer harga la

4. korang tekan ‘clear’ – utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi

5. then korang tekan enter – 3x

6. then korang tekan ’0′ , ’0′, ’1′, ’0′, ’0′ (1.00 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter – 3x sekali lagi

8. tekan butang clear – 2x

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu… supervisor petrol pam akan jumpa korang
“woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… xde keje lain ker…!!!!”


so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 1.90 seliter…

siot. aku pon terkene. so kenekan korang balik. hahaha XD
Kredit : Kerangs.net

Oh Media FM Kene Hack Lagi ???!!

Baru sekejap td aku dpt brite yg page oh media FM ni kne hack. aku pon ape lg. trus la g check post pon. da smpai kat page tuh. yup. x salah lg. mmg kne hack. dan hacker tu dari indon. ni antara status2 yg disampaikan oleh hacker tuh





dalam sejam lepas page ni dihack (skarang pukul 11.01 jam pc aku) so maknanya page ni kne hack dlm kul 10 la. sbb yg last post tuh dari admin asal lg.
so far yg aku tau. hacker ni ckp page ni x hormat indonesia la camne aku pon x pasti. tp yg aku pasti. dorang memang x puas ati sbb ade org kutuk indonesia. sbb tu dorang hack terus page tuh. come one. g la hack mak cik shit al-wuzara tu la. ni nk hack page same islam watpe ? tolol nye hacker. nnti jap lg skali ngan blog ni dihack nye. zzz. aku menyampaikan yg benar. aku xde tuduh sape2. terkutuk'tolol' tu je. wat2 xnmpk suda. ades.

sebarang update aku akan bgtau kemudian.

p/s : jgn hack page aku weh. sian kat aku. :)

Sila Tidur Lewat Kalau Nak Hati Rosak =)

Artikel ini adalah ehsan dari seorang telam yang dikirim melalui email bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !", namun ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Jadi saya ambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham (*google translator tak banyak membantu~!)
"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Sharing Is Caring~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...